Saturday 22 December 2012

Movie Review : Jack Reacher


Tom Cruise is Jack Reacher.
Of course la kena tengok. hehe.

Kisahnya bermula dengan pembunuhan 5 orang secara rambang di sebuah taman. Tapi adakah memang takde motif tetibe je nak tembak orang secara rambang? Ini lah yang menjadi titik awal cerita ni.

Setelah di siasat, seorang bekas tentera di suspek sebagai pembunuh iaitu James Barr. Then ada seorang je lawyer yang sanggup ambil kes dia untuk buktikan yang dia tidak bersalah, iaitu Helen. Waktu si Barr ni kena soal siasat, dia tak cakap apa2, cuma tulis 'Find Jack Reacher'. Barr ni yakin cuma Jack Reacher yang boleh bantu dia sebab diorang pernah ada perjanjian ape tah dulu2..Lepas tu dia koma sebab kena belasah oleh banduan lain dalam trak polis. 

So, muncul la si Jack Reacher ni, dan bermula la cerita siasat menyiasat. Helen ni mintak tolong Jack Reacher untuk bantu kes ni. Mula-mula Jack Reacher memang rasa Barr ni bersalah, tapi lepas siasat2, dia yakin yang Barr ni dijadikan kambing hitam je, so dia memang siasat sampai ke akar umbi la. Along the way, macam-macam dugaan yang Jack dan Helen ni lalui, sampai la Helen kena tangkap dengan Mastermind pembunuhan tu.
Nak tau siapa, kena la tonton sendiri. Kalau cerita semua karang dah hilang suprise nya. hehe.

Tapi yang paling saya suka, suspek awal (Barr) dituduh kerana bukti duit syiling yang ada cap jari dia di tempat kejadian, dan pembunuh sebenar juga dikesan dari duit syiling yang sama. Small thing with big impact.

Kepada peminat Tom Cruise movie, saya recommend cerita ini untuk anda tonton. Mula-mula memang agak bosan, tapi lepas tu terus macam excited nak tahu kesudahan. Dekat panggung wayang yang saya tengok tu, siap orang tepuk tangan bila cerita ni habis. Macam kelakar pun ada. hehe.
Ok then. tata for now.
Selamat menonton! :)