Monday 20 October 2014

Travel : Korea - The Garden of Morning Calm

Salam.

Nak update all the places yang pergi waktu kat Seoul, Korea macam banyak sangat.
So cerita dulu pasal satu tempat yang sangat cantik and worth going.
Let pictures do the talk. :)













Cantikkkk sangat!! Rasa macam tak nak balik. Dalam ni ada banyak taman-taman, tapi tak sempat nak round semua sebab tempat ni besar and we're running out of time.
So kalau pergi Korea, please include this place into list.

Cara pergi, sila Google. Haha tak membantu (_ _").
To make it short, pergi ke Gapyeoung station (naik KTX), then ambil shuttle bas kat situ. Akan sampai ke pit stop untuk Nami Island dulu, this garden adalah stop yang paling akhir.

Till then.

Wednesday 16 October 2013

Makan @ Bawah Rumah

Lapar? Tiada bajet? Silalah datang makan di kedai makan bawah rumah saya di Taman Molek.
Menu menarik yang boleh dicuba ialah nasi goreng kampung, mee & mihun goreng.
Kelebihannya - Harga RM3.50 sahaja.
Rasa boleh la tahan sedap.

Alamat - Jalan Molek 3/19, Rumah Pangsa Taman Molek, 81100 JB.
Masa 5pm - midnight.
Tutup hari Jumaat.

Sekian.

Monday 1 July 2013

Movie Review : Despicable Me 2



Holaaaaa..Ok, lama tak berupdate belog ni, so saya update dengan movie review jela, ye.
Actually, official tayangan cerita ni ialah pada 4 July 2013, tapi tak tau kenapa keluar seminggu awal, so sebab excited, haruslah tonton. Hiks.

Tak sabar nak tengok cerita ni of course la sebab The Minions!!
Ha comel kan, comel kan..... ;p

Dalam cerita ni, watak Gru dah jadi baik, a lovely daddy to anak-anak angkat dia yang 3 orang ni.

Agnes yang xtra comel and cheeky! *love*

Cerita berkisarkan pasal si Gru ni nak menyelamatkan dunia, cari orang jahat, bla bla bla..Plot cerita macam tak kukuh sangat (ewah komen!), tapi tak bosan sebab the minions memang kelakarrrr dan comeellll..!!


End of the movie,, The minions nyanyi lagu I Swear. Dalam bahasa minions yang comel.
Ok, dah berapa kali tah sebut comel.
Sila lah tengok citer ni ye semuaaaaaa...!! ^^

Till then, Bye!


*Pictures credit to Mr. Google.

Saturday 22 December 2012

Movie Review : Jack Reacher


Tom Cruise is Jack Reacher.
Of course la kena tengok. hehe.

Kisahnya bermula dengan pembunuhan 5 orang secara rambang di sebuah taman. Tapi adakah memang takde motif tetibe je nak tembak orang secara rambang? Ini lah yang menjadi titik awal cerita ni.

Setelah di siasat, seorang bekas tentera di suspek sebagai pembunuh iaitu James Barr. Then ada seorang je lawyer yang sanggup ambil kes dia untuk buktikan yang dia tidak bersalah, iaitu Helen. Waktu si Barr ni kena soal siasat, dia tak cakap apa2, cuma tulis 'Find Jack Reacher'. Barr ni yakin cuma Jack Reacher yang boleh bantu dia sebab diorang pernah ada perjanjian ape tah dulu2..Lepas tu dia koma sebab kena belasah oleh banduan lain dalam trak polis. 

So, muncul la si Jack Reacher ni, dan bermula la cerita siasat menyiasat. Helen ni mintak tolong Jack Reacher untuk bantu kes ni. Mula-mula Jack Reacher memang rasa Barr ni bersalah, tapi lepas siasat2, dia yakin yang Barr ni dijadikan kambing hitam je, so dia memang siasat sampai ke akar umbi la. Along the way, macam-macam dugaan yang Jack dan Helen ni lalui, sampai la Helen kena tangkap dengan Mastermind pembunuhan tu.
Nak tau siapa, kena la tonton sendiri. Kalau cerita semua karang dah hilang suprise nya. hehe.

Tapi yang paling saya suka, suspek awal (Barr) dituduh kerana bukti duit syiling yang ada cap jari dia di tempat kejadian, dan pembunuh sebenar juga dikesan dari duit syiling yang sama. Small thing with big impact.

Kepada peminat Tom Cruise movie, saya recommend cerita ini untuk anda tonton. Mula-mula memang agak bosan, tapi lepas tu terus macam excited nak tahu kesudahan. Dekat panggung wayang yang saya tengok tu, siap orang tepuk tangan bila cerita ni habis. Macam kelakar pun ada. hehe.
Ok then. tata for now.
Selamat menonton! :)

Movie Review - CZ12


Jackie Chan always be an attraction actor for me to watch a movie.
Dan kali ni pun mesti nak tengok jugak cerita yang dia berlakon, dan dengar2 ini macam filem action dia yang terakhir (betul ke?)

CZ12 ataupun bermaksud 12 Chinese Zodiac. Basically cerita ni ialah pasal Jackie Chan and team nak collect semula semua 12 kepala patung haiwan zodiac tu. 
Yang bestnya, tengok high tech gadget dalam citer ni, nak klon patung tu senang-senang je. Dengan suit beroda si Jackie Chan yang awesome tu, memang kagum la tengok.

Oh, dan tetiba je ada mamat Korea berlakon drama Stairway to Heaven tu dalam cerita ni. Yup, si Kwon Sang Woo.
Tapi dia takdelah menyerlah sangat pun dalam cerita ni. Bolehlah, buat cuci2 mata..hehe. :p

That's all, silalah tonton untuk kepuasan yang maksima.
Ini macam bukan review je.  (_ _")
Tata for now.
Salam.

Penang Wonders




Wonderful trip. Bukan nak kata lah kali nie nyer penang family trip memang tak menghampakan. Mana2 tempat yang plan nak makan semua dapat rasa. First2 sampai kat pulau ni lepas check in & tidor jap terus pergi Bayan Baru. Tujuan sebenor nak ke Gelugor pekena nasik kandaq tapi dek kerna tempat dicita tu bukak pukul 6 (time kami keluor baru pukul 4 petang), semua dok pakat lah gi Nasik Kandaq pelita buat alas perut. Nasik kandaq Pelita ni staff dia semua pakai baju bercirikan 1Malaysia ala sudirman. Uniform bercorak bendera Malaysia. Kat sini kami makan ringan2 jek. Yang budak2 bagi makan roti canai. Yang tua2 makan sup mamak. Sup sini memang antara yang terbaek jack. Tapi ranking dia aku kasik no. 3 kot pasal dalam penang ni ada lagi yang lagi power dari tempat ni.


Cawangan bayan baru

Ini sup perut beb..dah nak abih baru teringat nak amik gambor
Habih dah ngesup, terus ke main destination, Gelugor. Tempat dituju Nasi Kandar Shariff. Nie memang tempat regular aku masa ngaji kat sini dulu. Sapa2 grad dari sekolah kat Minden tu kalo tak tau sajalah. Tak penah keluor kampus agaknyer. Satu menda pun tak berubah. Lokasi, stall, layout meja, orang beratur, rasa makanan sama jek. Kesedapan kalu memang terbaek punya lah. 1Malaysia punya bangsa suma bley nampak sabor beratur menunggu giliran. Walaupun makan tepi jalan dan kalo tak biasa dengan suasana sekeliling memang tak lalu nyer lah nak menjamu selera kat situ. Family aku pun nengok laju jek nyuap. Bini, ipor ngan biras ana siap tukor2 lauk so leh rasa suma. Pandai gak depa ni..hehe. Keindahan santapan makan malam tu terpotong dek kerna hujan. Sib baik gak time tu dah abih nyuap. Gigih jugak lah berlari gi kete nak ngelak basah kuyup.

Ini dia si jali2..Gelugoq most famous..


Baru dalam 10 minit orang dah start hurung & beratur


Lauk pauk aneka pilihan

Lauk default gue..ayam madu, teloq dadar & kashan..kuah kasik campor semua yg dok ada..

lauk pilihan biras gue

Langsai..


Malam tu pulak, ana, bini & biras kami gi area Bayan Baru lagi. Tujuan kali ni supper makan Char Koay Teow Longkang. Nie satu lagi tempat peberet aku makan. Tempat nie kalo siang memang lagi tak selera lah nak makan. Longkang besor, ada bau lagi & kadang kala bleh nampak tikus berlari riang ke sana ke mari memang menggiurkan. Tapi dek kerana kesedapan yang extreme, suma yang dia atas hanya dianggap ilusi optik saja. Lantak pi lah kata orang sini. Rumours banyak kata tempat nie dah hilang sun atau ummph nyer. Tapi lepas nengok brother “Fat Cat” masih ada lagi dan giat melenggang perot mengacau kuali aku yakin rasa mesti tak berubah punya lah. Lepas mengorder dan mendapat, suapan pertama tu pun dah cukup untuk menyangkal dakyah2 tak betul ni. Bini aku yang agak cerewet pasal makan  ni pun kali nie mengaku akan kepowerannyer. Memang lena tul aku tido malam tu. 

Pergh..the good old Longkang style

Separuh perjalanan..

Time ni dah kat pukul 2 pagi beb..meriah nyer macam pukul 8


Besor nyer lak, plan kami nak ke area town. Destinasi utama, Lebuh Chulia. Kat situ lah terletak nyer Restoren Kassim Mustafa. Menu dahsyat kat sini, Nasik Dalca. Mak uih, hangpa yang tak merasa kalo dengor nama mesti ingat makan nasik ngan dalca kan. Nope babeh, nasik dalca nie adalah nasik yang dimasak ngan ghee. Lauk default dia ayam kari. Tu jek. Tapi lauk yang lain pun banyak dok ada. Macam2 boleh pilih. Antara lauk yang glemer ialah ayam negro & telur ikan. Kalo aku memang blasah lauk default jek. Tu pun siap tapau 1 set bawak balik takut kalau2 tak sempat datang lagi boleh merasa seround lagi kat service apartment kami.


Kassim Mustafa is the name..


Lauk2 pilihan kat display tray
Aneka gulai2 di dalam kawah..pening memikior my biras..

Pose macha pose..yihaaa..

Nin dia lauk default nasik dalca..gulai ayam
Nasik & lauk aku..dah bedal separuh baru teringat nak amik gambor
Lauk wife aku

Lauk biras aku..ada additional telur ikan & lemak sotong
Akak ipor aku nyer taste..ayam negro (ayam ros), sayur kacang & telur masin
Licin2..memang takde ampun nyer..

Ok des. Banyak lagi wonders yang aku belum citer kat hangpa. Tapi tak sedap lak cerita tapi takdak gambaq. So tahun depan nyer trip nanti aku amik & upload bagi korang nengok aa. Ceh terpeleot lagi jari aku ngan slang utara nie. Jumpo laie di makan trip yang lelain. Adios menchachos amigos..yang bermaksud...ntah aku pon tak tau…

Makan @ Johor Bahru - Otai Steamboat BBQ & Grill

We were here! ^^
Terima kasih kepada tuan kedai kerana membuat promo di Groupon. RM40 for 4 people. Awesome! :)
Original price is RM19.90 per person. 
Kitorang beli untuk 12 orang, tapi oleh kerana seorang tak available, terpaksa la burn 1 tempat.
Nak pergi awal2, dalam pukul 8 lebih, tapi fully booked pulak, maklumlah, promo baekkk kan..So owner suruh datang after 10pm, sebab time tu je free, so kami pun gigih jugak la pergi walaupun terpaksa dinner lambat.
Mula-mula macam cuak jugak la sebab takut pilihan dah tak banyak, tapiiiiii,,, nasib baik tak mengecewakan.
Let's take a look......  :)

Ini untuk grilll. Ayam dan daging. Ada berempah, blackpepper, etc. 
Ini untuk steamboat. Angry bird pun ada.
Macam-macam jenis dan bentuk.
Sayur-sayuran. Ada mushroom, brokoli, kobis bunga, etc.


Seafoods.
Ada 5 jenis pilihan air.
Sos blackpepper, sos cili, mayonis, etc. Time kitorang pergi tu ada nasi goreng. Ada jugak yee mee (takde gambar) kalau nak masak sekali dengan steamboat. 
Seperti biasa, ada tomyam dan sup. Tomyam nye pedasss tapi sedap.
Steamboat and grill in progress.  
Angry birds berenang-renang ke tepian.
Sisa-sisa kehidupan makanan.
Masing-masing muka gembira dapat makan. =D

Overall ok la makan kat sini. Pilihan banyak, rasa pun sedap. Kalau nak datang, better buat tempahan dulu sebab takut ramai dan kena tunggu lama untuk meja kosong.
Contact details seperti yang di bawah :
No. 17, Jalan Larkin Idaman 3, Larkin Idaman, Johor Bahru.
H/P : 017-7066880

Oh ya, Restoran Otai ni di tutup setiap Isnin. Hari lain bukak dari 5-12pm.

Dan ada facebook page jugak --> klik sini
Ok, tata for now.
Selamat mencuba!
Salam. :)




Food rating : 4/5
Price : 3/5
Environment : 3.5/5