Sunday 16 December 2012

Makan @ Johor Bahru - Restoran Sri Bayu Perdana

My favourite place to lunch so far.
Selalu kalau weekend dan tetiba rasa malas nak masak teringin nak makan masakan lauk-pauk kampung, memang kat sini lah tempat yang dituju. Terletak di kawasan Larkin Perdana, dalam 15minit je dari rumah. Yang bestnye, kat sini banyaaaaaakkk sangat pilihan masakan. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Dari yang bergoreng, bakar, kukus, semualah ada. Ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan ulam + sambal belacan.
So, let's the pictures do the talk.

Banyak pilihan. Ni baru separuh.

 Ada ikan bakar siap dengan air asam.

 Ulam-ulaman dan sambal belacan. Favourite! *drolling*

  

 Suasana dalam kedai.


 Housemate's.

 Mine! ^^

 Ada jugak pencuci mulut selepas makan. Kadang2 ada pengat pisang, koktail, etc.

 Bubur pulut hitam dan cekodok pisang+cekodok bilis.

 
Ini promo baru, tapi belum pernah try. Ada Steamboat & Seafood, bukak pukul 5 - 12pm.


Tapiiiii,, makanan kat sini a bit pricey. Don't say that i don't warned you. Makanan kat atas yang macam saya makan tu, total rm10 siap air. Mahal? Tapi bak kata kawan saya, tak kisah lagi kalau mahal sikit, asal sedap dan berbaloi. And yes, saya rasa ianya memang berbaloi.

Kalau nak datang sini makan tengah hari, baik datang awal2 sket dalam pukul 12 ke, sebab masa kitorang sampai dalam pukul 1 lebih tu, lauk2 dah tinggal sikit. Pernah kitorang datang dalam pukul 2 lebih, dah tak ada ape yang tinggal.

So, kalau nak datang, ini alamatnya - No. 15 & 17 Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru. 
(gambar kedai tak ada pulak. Sorry!)

Ok peeps. Tata for now.
Till then.
Salam. :)

Food rating :  4/5
Price : 2.5/5
Environment : 4/5




No comments: