Friday 21 December 2012

Galleria@kotaraya

Assalamualaikum..


Dulu-dulu galleria dikenali sebagai plaza kotaraya..masa nama dia kotaraya sekali je aku menjejakkan kaki ke situ..time tu makan dekat kluang rail coffee.. makan roti bakar dia yang best dan minum air teh o limau suam..nasib baik i tak boleh minum kopi so selamat la dari minum kopi dia yang ada gelatin yang tak halal tu..ala korang mesti tau kan..katanya semua barang2 kat dalam kedai tu kena samak (gaya mak jemah)..tapi lau dah terminum xpekan sebab tak tau ada bendaalah tu..tak kan nk samak perut kita..ok aku dah melalut ke sana..sila kembali ke tajuk..

Galleria punya foodcourt cantik..colorful..orang ramai dekat foodcourt ni even galleria tak banyak kedai yang bukak..mayb org singgah sini untuk makan je. banyak pilihan yang ada..rojak..sup..seafood..nasi bariani...ala carte..macam macam la ada..harga standard.

kita takyah tunggu lama untuk makan jadi memang senang hati. kita oder dalam beberapa minit makanan kita sampai..


kat sini pun ada bubur nasi ala-ala bubur nasi taman sentosa yang glamor tu..sayur kang kung dia yang cukup pedas tu memang seronok bila di makan bersama bubur nasi..haha


ok hari tu aku makan 2 jenis rojak..sebab tu cakap pun macam rojak. rojak atas tu rojak petis..ada kacang tabur dekat atasnya..ermm...



ni pulak rojak campur (x tau la nama dia apa) .ada macam2 dekat dalam tu..dia punya cucur udang sedap..tapi kuah dia tak power macam dekat kampung melayu..






sebenarnya ad banyak makanan yang tak sempat nk snap dek kerana budak dua orang ni panas bontot tak boleh duduk diam..


oleh itu sekian saja dari saya..takyah la nk rating sebab tempat ni macam foodcourt shopping mall lain..cume aircond dia sejuk gigil..sebab tempat baru..kedai tak banyak bukak..orang tak ramai so heat transfer kurang..eceh..

No comments: